TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pengusaha durian warga emas rugi RM202,460 terpedaya sindiket nombor ramalan

By
|
Kongsi
image

KUANTAN, 13 Okt. – Seorang pengusaha kebun durian warga emas berdepan kerugian RM202,460 selepas terperdaya dengan tawaran nombor ramalan yang menjanjikan kemenangan loteri berjumlah RM1.2 juta.

Mangsa berusia 63 tahun dari Bandar Jengka, Maran menyerahkan semua wang simpanannya serta hasil pajakan barang kemas bagi menjelaskan pelbagai bayaran fi yang didakwa untuk urusan tuntutan hadiah.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob memaklumkan bahawa kejadian bermula selepas mangsa melihat iklan di Facebook mengenai khidmat tilik nasib kewangan yang didakwa ditawarkan seorang sami dari selatan Thailand.

Mangsa dihubungi suspek sebelum diarahkan berurusan dengan seorang lagi ejen di Kelantan dan kemudiannya dimaklumkan telah memenangi hadiah utama loteri Magnum 4D bernilai RM1.2 juta.

Bermula 23 Disember 2025 hingga 22 Mei 2026, wanita berkenaan melakukan 12 transaksi pindahan wang ke enam akaun berbeza bagi kononnya menjelaskan bayaran cukai serta caj bank.

Mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas wang kemenangan yang dijanjikan gagal diperoleh sebelum tampil membuat laporan rasmi untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran hadiah lumayan di media sosial dan tidak memindahkan wang tanpa semakan rasmi.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan sindiket penipuan boleh disalurkan secara terus kepada National Scam Response Centre (NSRC) menerusi talian kecemasan 997. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset