TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perkahwinan warga asing dengan Melayu tidak ubah keturunan asal - Saifuddin

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 13 Okt. – Perkahwinan seorang warga asing beragama Islam dengan warganegara tempatan berketurunan Melayu tidak akan mengubah status keturunan asal individu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak menetapkan atau mengubah keturunan seseorang warga asing berdasarkan perkahwinan terbaharu yang dimeterai.

Penentuan status Bumiputera serta kelayakan menikmati keistimewaan berkaitan adalah di luar bidang kuasa pentadbiran JPN kerana tertakluk kepada undang-undang dan dasar agensi berkaitan.

Kenyataan bertulis berkenaan dikemukakan di Dewan Rakyat bagi menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) berhubung status Bumiputera dan kelayakan keistimewaan warganegara asing Islam yang berkahwin dengan orang Melayu.

Bagi anak yang lahir hasil perkahwinan sah antara warga asing beragama Islam dan warganegara tempatan berketurunan Melayu, ibu bapa diberikan hak untuk memilih pendaftaran keturunan anak mengikut susur galur ibu atau bapa.

Pilihan berkenaan membolehkan pendaftaran rasmi dibuat sama ada mengikut keturunan Melayu atau keturunan warganegara asing terbabit. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset