TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

11,835 tandas awam dan sekolah dinaik taraf bawah inisiatif BMW-i

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 13 Okt. – Sebanyak 11,835 kemudahan tandas awam dan sekolah di seluruh negara berjaya dinaik taraf sejak tahun 2023 di bawah inisiatif "Bersih, Menawan dan Wangi" (BMW-i).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa projek pembaikan berkenaan merangkumi 1,592 tandas awam seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta 10,243 tandas sekolah menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

Sebanyak 3,182 daripada 3,940 tandas awam di bawah kawalan PBT di seluruh negara atau 80.8 peratus telah mencapai penarafan empat bintang dan ke atas.

Peluncuran kemudahan tandas pintar BMW-i pertama di Dataran Putra menandakan fasa baharu modenisasi kemudahan awam menerusi integrasi teknologi pintar berasaskan kepingan sensor serta sistem Internet Pelbagai Benda (IoT).

Tandas pintar berkenaan dilengkapi sistem pam automatik, paip dan bekas sabun tanpa sentuh, pengesan kualiti udara, pemantau kelembapan, serta panel maklum balas digital bagi meningkatkan kecekapan penyelenggaraan.

Kementerian turut mengumumkan penganjuran Anugerah Tandas Terbaik (TOTYA) 2026 pada 20 Oktober ini bagi mengiktiraf usaha pelbagai sektor merangkumi pusat beli-belah, stesen minyak, hotel, serta rumah ibadat.

Usaha menaik taraf taraf kemudahan sanitasi awam akan terus dipergiat sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2027 demi memberikan persepsi positif kepada pelancong luar.

+ - reset