Berita Berita
SST kekal sistem percukaian pilihan kerajaan elak rakyat terbeban
KUALA LUMPUR, 14 Okt. – Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kekal sebagai sistem percukaian pilihan kerajaan berikutan strukturnya yang memberi ruang penentuan skop percukaian bersasar bagi mengecualikan perkhidmatan serta barangan asas kegunaan rakyat.
Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan bahawa kajian berterusan sedang dilaksanakan bagi menambah baik sistem SST menerusi penelitian sokongan teknikal organisasi antarabangsa serta sesi libat urus bersama pihak berkepentingan.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan bagi menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta justifikasi keutamaan SST berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam mengurangkan beban kewangan rakyat.
Kementerian Kewangan menjelaskan GST merupakan sistem percukaian menyeluruh yang dikenakan ke atas majoriti pengguna tanpa mengira peringkat pendapatan, sekali gus memberi kesan regresif kepada golongan rentan.
Walaupun mekanisme kadar sifar cuba dilaksanakan dalam GST untuk barangan asas, pendekatan berkenaan tidak menyelesaikan sepenuhnya isu regresif kerana beban cukai masih ditanggung oleh pengguna berpendapatan rendah.
SST pula disifatkan lebih bersasar menerusi penentuan kadar berbeza iaitu cukai jualan pada kadar 0, 5, dan 10 peratus serta cukai perkhidmatan pada kadar 6 dan 8 peratus bagi mengurangkan impak berkenaan.
Sistem SST yang telah dilaksanakan sejak tahun 1970-an turut disifatkan sebagai kerangka matang yang difahami serta diterima baik oleh sektor industri, peniaga, dan orang awam. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 15, 2026, 7:54 pm
Ibu bapa bimbang kesihatan anak, KPM tangguh UASA minggu depan
October 15, 2026, 7:35 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
October 15, 2026, 5:45 pm
‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu
October 15, 2026, 5:35 pm
Baru ambil jubah konvokesyen, graduan UiTM tak sempat terima ijazah selepas maut nahas di Kuala Selangor
October 15, 2026, 5:16 pm
Bot karam gara-gara terlebih muatan, 13 kanak-kanak maut
October 15, 2026, 4:55 pm
Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguhkan
October 15, 2026, 4:47 pm
