TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kebakaran lampu jalan punca kepulan asap tebal di Lebuhraya DUKE

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 14 Okt. – Kepulan asap tebal yang tular berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pagi tadi disahkan berpunca daripada kejadian kebakaran lampu jalan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam memaklumkan bahawa insiden berlaku di jalan susur 0.5 dari arah Greenwood menuju ke susur Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pemeriksaan bersama pengurusan Lebuhraya DUKE mengesahkan kebakaran struktur lampu jalan berkenaan menjadi punca kemunculan asap tebal yang menarik perhatian pengguna jalan raya.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan insiden terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Maklumat awal diterima daripada seorang pengguna jalan raya tempatan yang mengesan kepulan asap keluar dari kawasan longkang berhampiran lebuh raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tindakan susulan serta kerja pembaikan di lokasi kejadian kini diserahkan sepenuhnya kepada pengurusan Lebuhraya DUKE untuk tindakan lanjut. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset