TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia sasar bebas projek perumahan sakit dan terbengkalai menjelang 2030

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 14 Okt. – Malaysia mensasarkan untuk membasmi sepenuhnya projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara menjelang tahun 2030.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming memaklumkan bahawa pelbagai langkah proaktif telah diperkenalkan merangkumi Sistem Pengurusan Bersepadu Perumahan serta Sistem Data Perumahan Negara (Teduh) bagi memantau pemaju dan melindungi pembeli rumah.

Kementerian turut melaksanakan audit berkala ke atas akaun pembangunan perumahan selain sedang membangunkan sistem analitik data raya sebagai pangkalan data utama pemegang taruh.

Skim pilihan membeli dan pilihan membina (option-to-purchase and option-to-build) pula dijangka bakal dilancarkan pada bulan hadapan bagi memperkukuh kawal selia sektor perumahan.

Sehingga Ogos lalu, sebanyak 1,726 projek perumahan swasta membabitkan 199,643 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM158.16 bilion berjaya dipulihkan.

Pencapaian berkenaan merangkumi 147 projek sakit yang diselamatkan serta 1,542 projek sakit yang telah disiapkan sepenuhnya sehingga memperoleh Sijil Penyiapan dan Mematuhi (CCC).

Bagi projek terbengkalai, sebanyak 37 projek melibatkan 6,122 unit bernilai RM1.504 bilion telah berjaya dipulihkan menerusi penyelesaian fizikal mahupun pembelaan nasib pembeli.

Inisiatif pemantauan berterusan berkenaan dijelaskan bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset