TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Akmal Saleh sindir Rayer isu penarikan pertuduhan pendakwaan Lim Guan Eng pada 2018

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Akmal Saleh menyindir Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer supaya tidak mengamalkan sikap berorientasikan 'double standard' berhubung isu pendakwaan kes mahkamah tokoh politik.

Muhamad Akmal mempersoalkan keadilan desakan Rayer berhubung kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala kes penarikan balik pertuduhan membabitkan Lim Guan Eng pada 2018 tidak pula didesak untuk dibuka semula.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan Pejabat Peguam Negara menarik balik pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bagan berhubung kes banglo pada 2018 berlaku secara mengejut selepas 25 daripada 55 saksi dipanggil memberi keterangan.

Persoalan berkenaan dibangkitkan bagi melihat sejauh mana konsistensi prinsip keadilan yang diperjuangkan Rayer sama ada terpakai secara saksama atau sekadar mengikut kepentingan politik tertentu.

Menerusi hantaran di media sosial, Muhamad Akmal turut menyertakan tangkapan layar laporan berita berhubung penarikan balik pertuduhan berkenaan sambil membidas pendirian ahli parlimen terbabit.

Beliau menuntut agar neraca keadilan ditegakkan secara saksama kepada semua pihak tanpa sebarang pendirian hipokrit dalam mengendalikan kes-kes profil tinggi negara. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset