Berita Berita
Pemandu BYD Seal mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan nahas maut Jalan Kuching
KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Seorang pegawai bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun Sabtu minggu lalu.
Tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Mengikut pertuduhan pertama, lelaki berkenaan didakwa memandu kenderaan jenis BYD Seal secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut pada jam 3.44 petang, 10 Oktober lalu.
Pertuduhan bagi kesalahan terbabit dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda maksimum RM50,000, serta penggantungan lesen memandu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam di bawah Seksyen 42(1) serta gagal memberhentikan kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di bawah Seksyen 52(1) akta yang sama.
Mahkamah menetapkan prosiding susulan bagi pengurusan kes serta serahan dokumen berkaitan insiden berkenaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 15, 2026, 7:54 pm
Ibu bapa bimbang kesihatan anak, KPM tangguh UASA minggu depan
October 15, 2026, 7:35 pm
Jerebu semakin buruk, sekolah di lapan PPD Selangor ditutup esok
October 15, 2026, 5:45 pm
‘Kita sudah buat sedaya mungkin’ – Anwar jawab kritikan Khairy isu jerebu
October 15, 2026, 5:35 pm
Baru ambil jubah konvokesyen, graduan UiTM tak sempat terima ijazah selepas maut nahas di Kuala Selangor
October 15, 2026, 5:16 pm
Bot karam gara-gara terlebih muatan, 13 kanak-kanak maut
October 15, 2026, 4:55 pm
Sekolah di Selangor beroperasi seperti biasa esok, aktiviti luar ditangguhkan
October 15, 2026, 4:47 pm
