TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KKM tambah 1,793 alat bantuan pernafasan hadapi krisis jerebu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 15 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) menambah 1,793 unit peralatan bantuan pernafasan di seluruh negara bagi memperkukuh kesiapsiagaan fasiliti kesihatan membabitkan peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa agihan peralatan terbabit merangkumi 841 alat bantuan pernafasan aerochamber dewasa, 396 unit bagi kanak-kanak, serta 556 mesin nebulizer.

KKM turut memperketat kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi memantau perkongsian data Indeks Pencemaran Udara (IPU) serta penilaian risiko kesihatan awam secara real-time.

Langkah kawalan berkenaan diselaras bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai sebahagian daripada persediaan menangani impak krisis fenomena jerebu semasa.

Kenyataan berkenaan dikemukakan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) berhubung strategi kementerian dalam mengurangkan risiko implikasi kesihatan ke atas masyarakat.

Sebanyak 78 fasiliti kesihatan sentinel di seluruh negara telah ditugaskan untuk memantau trend jangkitan saluran pernafasan atas (URTI), penyakit asma, dan konjunktivitis sejak Ogos lalu.

Bilik Gerakan Operasi Jerebu Kebangsaan turut diaktifkan sepenuhnya sejak 4 September lepas bagi menyelaraskan pengurusan serta pelaporan maklumat perubatan terbaharu. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset