Berita Berita
KKM sarankan guna pelitup muka N95 ketika jerebu
PUTRAJAYA, 16 Okt. – Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai yang perlu berada di luar bangunan supaya memakai pelitup muka jenis N95 bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada partikel halus berhabuk.
KKM menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pelitup muka N95 merupakan pilihan paling berkesan dalam menapis partikel halus PM2.5 yang berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia.
Pemakaian pelitup muka tiga lapis boleh dipertimbangkan sebagai langkah perlindungan alternatif sekiranya bekalan pelitup muka N95 sukar diperolehi di pasaran.
Langkah pencegahan terbaik kekal dengan mengehadkan sebarang aktiviti luar sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesebuah kawasan melebihi paras tidak sihat iaitu 100.
KKM turut memberi jaminan akan terus memantau tahap kualiti udara semasa selain memastikan kesediaan fasiliti perubatan, bekalan ubat, serta petugas kesihatan berada pada tahap tertinggi.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 10:17 pm
Mayat bayi tanpa kepala, sebelah tangan ditemukan dalam longkang di Kuala Berang
October 16, 2026, 10:06 pm
Sembilan sekolah di N Sembilan bingung, terima bungkusan misteri berisi tepung gandum, pinggan plastik
October 16, 2026, 9:09 pm
Jerebu: Kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan mental murid jadi perhatian Raja Permaisuri Agong
October 16, 2026, 8:50 pm
Kesan tikaman di perut, pipi mangsa, suami pegawai AKPS tunjuk sendiri lokasi pisau kepada polis
October 16, 2026, 8:15 pm
JKN Kedah tambah baik masa menunggu di Hospital Jitra
October 16, 2026, 8:03 pm
“Siapa akan tanggung makan isteri, tiga anak?” – Kakak mangsa nahas BYD tuntut keadilan
October 16, 2026, 7:50 pm
Lima rakyat Malaysia ditahan di Tokyo dipercayai keldai dadah dibayar RM8,000
October 16, 2026, 4:49 pm
Rakyat Malaysia disyaki dalang penipuan pelaburan pokok gaharu RM7.2 juta ditahan di Hong Kong
October 16, 2026, 4:44 pm
FashionValet terima pelaburan hampir RM40 juta daripada Khazanah dan PNB pada 2018
October 16, 2026, 4:44 pm
