TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suami isteri didenda RM3,000 simbah cat pada rumah mangsa along di Segamat

By
|
Kongsi
image

SEGAMAT, 16 Okt. – Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap sepasang suami isteri selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada rumah mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen (along).

Majistret Nor Fadilah Johannuddin menetapkan hukuman berkenaan ke atas Wan Aizat Azwan Wan Salleh, 40, dan Prima Septia Lily, 44, serta memerintahkan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pasangan terbabit didakwa secara bersama melakukan perbuatan khianat menyimbah cat merah di sebuah kediaman di Jalan Mida 2/1, Taman Mida 2 kira-kira jam 11.21 pagi pada 12 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Siasatan mendapati wanita berkenaan berperanan memandu kenderaan serta merakam video kejadian, manakala suaminya menyimbah cat merah demi mendapatkan wang upah bagi melunaskan hutang mereka.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan kedua-dua tertuduh pada hari kejadian selepas pengadu menerima rakaman video gertakan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset