TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis belum terima arahan baharu berhubung status tahanan di rumah Najib Razak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 16 Okt. – Pihak polis mengesahkan belum menerima sebarang arahan baharu atau maklumat tambahan berhubung pelaksanaan status tahanan di rumah bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam memaklumkan bahawa keadaan di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta kekal tenang tanpa sebarang kawalan atau persediaan khas luar biasa.

Perkembangan berkenaan menyusul selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan anak guamnya telah menerima perintah tahanan di rumah beserta lampiran syarat pelaksanaan daripada Jabatan Penjara.

Najib dinasihatkan oleh pihak pentadbiran penjara agar tidak mendedahkan butiran terperinci kandungan perintah terbabit bagi mengelakkan spekulasi awam serta liputan media secara berlebihan.

Perintah berkenaan membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara berkaitan kes SRC International Sdn Bhd di kediamannya di Langgak Duta bersama ahli keluarga.

Langkah terbabit selaras dengan pengampunan bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi membenarkan baki hukuman dijalankan menerusi tahanan di rumah subject kepada syarat yang ditetapkan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset