TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PAS sudah ada calon hadapi PRN Melaka

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU, 16 Okt. – PAS mengesahkan telah mempunyai senarai calon berpotensi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan keputusan akhir akan dimuktamadkan menerusi kelulusan Majlis Syura Ulamak.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa persiapan pilihan raya berjalan seperti biasa dan parti kekal terbuka untuk meneruskan kerjasama erat bersama rakan gabungan lain.

Beliau menjelaskan bahawa PN sedia menggunakan logo gabungan bagi menghadapi pilihan raya, namun bersedia menggunakan logo bulan PAS sekiranya berdepan sebarang kekangan undang-undang atau mahkamah.

Isu pendaftaran bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mahupun tempoh masa berkempen tidak menjadi masalah besar memandangkan jenama PAS dan PN telah dikenali ramai, khususnya dalam kalangan pengundi muda.

Mengulas spekulasi pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, keputusan rasmi mengenai perkara terbabit dimaklumkan belum diputuskan lagi oleh peringkat tertinggi parti. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset