TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pasangan kekasih remaja ditahan disyaki curi motosikal di stesen minyak

By
|
Kongsi
image

SUNGAI SIPUT, 16 Okt. – Polis menahan dua pelajar yang dipercayai pasangan kekasih berusia 16 dan 17 tahun selepas disyaki mencuri sebuah motosikal di hadapan stesen minyak di Salak Bharu pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Charan Ai Wan memaklumkan bahawa tangkapan dibuat menerusi serbuan di dua kediaman di Kuala Kangsar kira-kira jam 12.05 tengah malam semalam.

Kejadian berlaku apabila mangsa meninggalkan motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan tidak berkunci sewaktu pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak berkenaan.

Hasil siasatan mendapati suspek lelaki membawa teman wanitanya ke lokasi kejadian sebelum remaja perempuan terbabit mengambil motosikal berkenaan dan membawanya pulang ke Kuala Kangsar.

Pihak polis turut merampas motosikal milik mangsa, sebuah motosikal Yamaha LC135, dua topi keledar, pakaian, serta segugus kunci motosikal bagi membantu siasatan.

Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek menunjukkan keputusan negatif, manakala mereka kini direman tiga hari di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

+ - reset