TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru tuisyen ditahan disyaki lakukan amang seksual terhadap murid di Batu Pahat

By
|
Kongsi
image

BATU PAHAT, 19 Okt. – Perbuatan keji seorang guru tuisyen lelaki dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak murid perempuan terbongkar selepas salah seorang mangsa menceritakan insiden terbabit kepada ibu bapanya.

Susulan laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa, lelaki tempatan berusia 32 tahun berkenaan ditahan oleh pihak polis semalam bagi membantu siasatan berhubung kes yang berlaku di sebuah pusat tuisyen di Taman Bukit Perdana.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 7 malam hingga 8 malam ketika mangsa berusia enam tahun mengikuti sesi pembelajaran bersama suspek.

Pihak polis turut menyita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan bagi mengukuhkan bukti siasatan membabitkan dua mangsa setakat ini.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman mengeluarkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap suspek yang masih bujang itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala polis masih mengenalpasti kemungkinan keberadaan mangsa lain. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset