TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dakwaan hutang 1MDB sudah lunas tidak benar, kerajaan masih tanggung bayaran faedah

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 19 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa kesemua hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dilunaskan, sebaliknya menegaskan kerajaan masih menanggung obligasi kewangan terbabit berserta bayaran faedah.

Menteri Kewangan berkenaan menyifatkan perbahasan mengenai kedudukan kewangan negara perlu disandarkan kepada fakta dan angka yang tepat bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Anwar memaklumkan bahawa pertambahan jumlah hutang keseluruhan negara adalah berpunca daripada komitmen pembayaran hutang-hutang terdahulu yang perlu diselesaikan.

Kerajaan komited menguruskan hutang secara bertanggungjawab dengan memastikan kadar pinjaman baharu dibuat mengikut kemampuan kewangan semasa demi mengelakkan beban kewangan berlebihan kepada generasi akan datang.

Pengurusan fiskal negara turut diperkukuh menerusi penambahbaikan disiplin, peningkatan kecekapan perbelanjaan, serta pelaksanaan pembaharuan institusi merangkumi Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perkhidmatan Parlimen.

Perdana Menteri turut menegaskan ketegasan politik amat diperlukan bagi mengekang ketirisan dan pembaziran agar dana awam yang diselamatkan dapat dikembalikan untuk kesejahteraan rakyat.

+ - reset