TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan tidak kompromi kegiatan 'mafia korporat', sita dan bekukan aset bilion ringgit

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Polis membekukan aset bernilai RM4.3 bilion dan menyita RM1 bilion menerusi tindakan penguatkuasaan berkaitan jenayah pengubahan wang haram berdasarkan statistik tahun 2026.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa tindakan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha membanteras jenayah korporat merangkumi kegiatan ‘mafia korporat’.

Statistik Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM bagi tahun ini turut merekodkan pelucuthakan aset bernilai RM48 juta dan kompaun berjumlah RM1.1 bilion, tidak termasuk lebih RM3 bilion yang masih dalam proses perbicaraan mahkamah.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) turut meningkatkan tindakan dengan memulakan 239 pertuduhan jenayah terhadap 50 individu atau entiti bagi tempoh 2022 hingga September 2026, selain Notis Merah Interpol dikeluarkan bagi menahan tokoh berkaitan kes Serba Dinamik Berhad dan Sarawak Consolidated Industries Berhad.

Menerusi Op Viking berkaitan risikan pengubahan wang haram dan paksaan jualan saham, seramai 70 individu telah dipanggil merakam keterangan manakala pembekuan akaun bank, akaun CDS, hartanah, dan kenderaan bernilai ratusan juta ringgit turut dilaksanakan setakat 25 September lalu.

Bagi memperkukuh penguatkuasaan, kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa khas dipengerusikan Peguam Negara bersama agensi berkaitan yang diberi tempoh tiga bulan untuk mengemukakan laporan penuh berhubung jenayah korporat. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset