Berita Berita
Ahli perniagaan dakwa nama dan foto disalah guna akaun palsu buat hantaran hina Agong, orang Melayu
SEGAMAT, 20 Okt. – Seorang ahli perniagaan tempatan mendakwa maklumat peribadi serta fotonya telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan akaun Facebook palsu bagi memuat naik hantaran berunsur 3R (agama, kaum dan raja).
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail mengesahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis di sini kelmarin selepas akaun bernama 'Cher Cher' tular berikutan muat naik kandungan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan orang Melayu.
Pengadu menafikan sekeras-kerasnya kepemilikan akaun berkenaan serta menegaskan tidak pernah menerbitkan hantaran berunsur hasutan terbabit.
Setakat ini, sebanyak tiga laporan polis telah difailkan berhubung isu berkenaan merangkumi dua laporan di daerah Segamat dan satu laporan di Shah Alam.
Pihak polis menggesa orang awam supaya tidak menyalahgunakan identiti individu lain untuk mewujudkan profil palsu atau menyebarkan sebarang kandungan yang menyentuh sensitiviti 3R.
Masyarakat turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau mengulangi penularan kandungan yang belum disahkan kesahihannya demi mengekalkan keharmonian awam.
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
