Berita Berita
Anwar dedah sebab sebenar hadir ke konsert Siti Nurhaliza
PETALING JAYA, 20 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kehadirannya ke Konsert Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza Sabtu lalu adalah bagi memenuhi jemputan peribadi Biduanita Negara itu bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Anwar memaklumkan perkara berkenaan di Parlimen hari ini berikutan terdapat teguran daripada segelintir pihak berhubung kehadiran beliau ke konsert terbabit.
Beliau menerima teguran berkenaan secara terbuka sambil mengakui minat peribadinya terhadap seni muzik merangkumi lagu-lagu Melayu, Inggeris, serta Hindustan.
Perdana Menteri turut memuji penganjuran konsert berkenaan yang disifatkan berjaya memperkasakan budaya dan warisan Melayu menerusi persembahan tarian tradisional, wayang kulit, serta elemen seni dari Sabah dan Sarawak.
Konsert tradisional yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu dihadiri lebih 63,000 penonton biarpun dalam keadaan hujan dan jerebu.
Kehadiran Anwar yang turut mengenakan baju hujan sepanjang menyaksikan persembahan berkenaan mendapat perhatian di media sosial, di samping konsisten menyokong pelbagai acara seni tempatan seperti konsert Datuk M. Nasir dan teater muzikal Mansor & Liu. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 20, 2026, 11:35 pm
Anwar mahu rakyat mula guna TuJu, kurangkan kebergantungan kepada Waze susulan risiko keselamatan data
October 20, 2026, 5:44 pm
Kematian murid SK Dengkil: Fadhlina sedih, arah JPN Selangor bantu keluarga mangsa
October 20, 2026, 3:33 pm
Pengasuh ditahan, bayi 10 bulan meninggal dunia dalam jagaan
October 20, 2026, 3:25 pm
“Saya reda, hormati apa juga keputusan” – Mohd Shuhaily bakal didakwa esok
October 20, 2026, 3:10 pm
Minta masuk tandas bersama, jurulatih kecerdasan direman 'sentuh' anak rakan berumur 9 tahun
October 20, 2026, 3:04 pm
Suami pegawai AKPS maut di kuarters Nilai miliki 16 rekod jenayah lampau
October 20, 2026, 3:00 pm
