TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Radzi Jidin gesa Jakim siasat status halal dan kebersihan premis proses ayam tular di Kuala Lumpur

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 20 Okt. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa segera menjalankan siasatan berhubung kaedah penyembelihan, status halal, dan tahap kebersihan sebuah premis memproses ayam di Kuala Lumpur susulan penularan satu rakaman video di media sosial.

Ahli Parlimen, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan menerusi hantaran di media sosial bahawa beliau menerima banyak aduan daripada orang awam mengenai rakaman terbabit dan telah mengemukakan aduan rasmi kepada Pejabat Ketua Pengarah Jakim serta Pejabat Menteri Agama.

Siasatan berkenaan disaran merangkumi aspek kaedah penyembelihan, status Halal, destinasi bekalan, serta potensi penyalahgunaan logo Halal bagi memastikan keselamatan makanan terjamin.

Operasi bersepadu turut didesak supaya dilaksanakan melibat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan (KKM), dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi meneliti aspek kebersihan dan keabsahan permit pekerja asing di premis terbabit.

Radzi menegaskan bahawa isu kebersihan serta status Halal tidak boleh dipandang ringan dan tindakan tegas wajib diambil sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang.

+ - reset