Berita Berita
Sokongan orang ramai beri kekuatan hadapi proses perundangan di mahkamah - Mohd Shuhaily
SEPANG, 21 Okt. – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahiri penghargaan serta ucapan terima kasih kepada masyarakat atas sokongan, doa, dan mesej yang diterima.
Mohd Shuhaily memaklumkan dalam sidang media ringkas di lobi Kompleks Mahkamah Sepang pagi ini bahawa sokongan moral berkenaan memberikan beliau kekuatan serta keyakinan untuk melalui proses perundangan.
Beliau menyerahkan sepenuhnya perjalanan kes berkenaan kepada mahkamah serta mengesahkan bahawa sidang media terbabit merupakan penampilan terakhirnya untuk bercakap secara langsung berhubung proses perundangan itu.
Sokongan terhadap beliau turut disaksikan menerusi kehadiran Komander AKPS Pelabuhan Klang, Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal di kompleks mahkamah.
Segala kenyataan atau perkembangan lanjut berhubung kes berkenaan selepas ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh barisan peguam yang dilantik.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 10:34 pm
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
October 21, 2026, 9:38 pm
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:19 pm
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
October 21, 2026, 6:15 pm
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
October 21, 2026, 6:11 pm
Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel
October 21, 2026, 6:08 pm
