Berita Berita
76 wanita asing disyaki pelayan ditahan dalam serbuan pusat hiburan haram
KUALA LUMPUR, 21 Okt. – Polis Kuala Lumpur menahan 76 wanita warganegara asing dan seorang lelaki tempatan berumur antara 19 hingga 45 tahun menerusi serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan haram di Jalan Metro Perdana Barat 8 hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Hj. Marsus memaklumkan bahawa premis terbabit didapati beroperasi tanpa sebarang lesen hiburan atau kelulusan pihak berkuasa, manakala kesemua wanita asing berkenaan disyaki bekerja sebagai pelayan.
Pihak polis turut merampas resit perniagaan, pembesar suara, mikrofon, serta pengawal DJ yang digunakan di premis berkenaan bagi tujuan aktiviti hiburan tanpa lesen.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan) 1992, Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.
Kesemua suspek dibawa ke hadapan Majistret bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan lanjut.
Polis Kuala Lumpur menegaskan komitmen berterusan dalam mempergiat operasi penguatkuasaan bagi mengekang perniagaan haram serta aktiviti yang menyalahi undang-undang di ibu negara.
Berita berkaitan
October 21, 2026, 11:20 pm
Pelajar kolej ditemukan maut berlumuran darah di belakang restoran
October 21, 2026, 10:56 pm
BN, Pas sah bergabung hadapi PRN Melaka, pembahagian 28 kerusi dimuktamadkan
October 21, 2026, 10:34 pm
Polis berjaya tahan pelajar 16 tahun serang guru dengan kapak di sekolah
October 21, 2026, 9:38 pm
JAKIM sahkan premis sembelih ayam tular tiada sijil halal, sudah diarah tutup 10 Oktober lalu
October 21, 2026, 6:28 pm
Sarawak umum bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri
October 21, 2026, 6:19 pm
Lelaki warga emas ditahan didakwa cabul anak pegawai kanan polis di gimnasium
October 21, 2026, 6:15 pm
Wanita Indonesia promosi khidmat imigresen haram menerusi TikTok ditahan di Shah Alam
October 21, 2026, 6:11 pm
Kerajaan larang penjawat awam guna Waze demi elak ancaman keselamatan rejim Israel
October 21, 2026, 6:08 pm
