TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Abbe Hae bongkar taktik baru bawa PATI guna van kurier, syarikat kurier dinasihat periksa pergerakan pekerja

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 27 Okt – Dakwaan mengenai penggunaan van kurier sebagai taktik baharu untuk membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi perhatian pengguna media sosial selepas satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikongsikan seorang aktivis masyarakat.

Aktivis berkenaan, Abbe Hae atau nama sebenarnya Mohd Azhan Mohd Adnan, mendakwa rakaman itu memperlihatkan pergerakan mencurigakan membabitkan beberapa individu dipercayai warga asing berhampiran sebuah van kurier.

Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan itu mendakwa dua lelaki dilihat menghampiri kenderaan berkenaan sebelum seorang individu lain keluar dari dalam van tersebut.

“Perhatikan dua warga asing ini menuju ke van. Dia buka pintu van, tiba-tiba keluar seorang individu dari dalam van.

“Susah sangat nak bawa dengan kenderaan biasa, kita pos sahajalah guna van. Mereka semakin berani sekarang disebabkan ramainya pihak yang bersubahat dengan mereka,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Abbe Hae turut mendakwa individu yang dirakam berkemungkinan warga asing daripada etnik Rohingya, namun perkara itu belum dapat dipastikan.

Menurutnya, kejadian yang didakwa berlaku di kawasan terbuka di Kelantan itu menimbulkan kebimbangan sekiranya benar terdapat kegiatan membawa masuk atau memindahkan PATI menggunakan kenderaan penghantaran barangan.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian ramai apabila meraih kira-kira 5,900 tanda suka, 965 perkongsian dan 758 komen dalam tempoh sejam selepas dimuat naik.

Dalam pada itu, Abbe Hae turut menggesa masyarakat supaya lebih peka terhadap aktiviti mencurigakan dan menyalurkan sebarang rakaman atau maklumat berkaitan melalui saluran yang bersesuaian.

Setakat ini, dakwaan mengenai penggunaan van kurier untuk membawa PATI itu belum disahkan oleh pihak berkuasa.

+ - reset