TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jerebu dah 'habis', tiada kawasan catat IPU tidak sihat

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 28 Okt – Tiada kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7.50 pagi Rabu, dengan semua 68 stesen pemantauan mencatatkan bacaan sederhana dan baik.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 stesen pemantauan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 25 stesen lagi berada pada tahap baik.

Bacaan sederhana itu melibatkan sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan, iaitu Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Perkembangan tersebut menunjukkan tiada lokasi mencatatkan tahap pencemaran udara yang dikategorikan sebagai tidak sihat berdasarkan pemantauan pada sebelah pagi.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, manakala 51 hingga 100 diklasifikasikan sebagai sederhana.

Bacaan antara 101 hingga 200 pula dikategorikan sebagai tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, sementara bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah, Pahang dan Sarawak sehingga jam 9 pagi Rabu.

Antara kawasan terlibat ialah Langkawi di Kedah serta Pulau Tioman di Pahang.

Di Sarawak, cuaca sama dijangka berlaku di Kuching dan Samarahan, termasuk kawasan Samarahan, Asajaya dan Sebuyau.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca serta bacaan IPU semasa menerusi saluran rasmi METMalaysia dan APIMS bagi mendapatkan maklumat terkini.

+ - reset