Berita Berita
Pemberian kewarganegaraan lelaki Bangladesh sah ikut undang-undang - JPN
KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa pemberian status kewarganegaraan kepada seorang lelaki berasal dari Bangladesh yang tular di media sosial adalah sah dan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.
JPN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lelaki terbabit memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui proses naturalisasi di bawah Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2025 secara teratur selepas memegang status Penduduk Tetap (PR) sejak 2009 serta berkahwin dengan warganegara tempatan.
Sementara itu, bagi kes kedua melibatkan seorang wanita yang didakwa warga Pakistan, JPN menjelaskan bahawa siasatan lanjut dan penelitian rekod rasmi sedang dijalankan susulan aduan yang diterima daripada orang ramai.
JPN memandang serius keraguan masyarakat berhubung isu berkenaan dan memohon agar sebarang kemusykilan dikemukakan terus menerusi saluran rasmi berbanding menyebarkannya di media sosial.
Jabatan berkenaan turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri dan penentuan status kewarganegaraan dilaksanakan secara teliti serta berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
