TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mayat remaja 14 tahun dibaham buaya ditemukan selepas dimuntahkan semula

By
|
Kongsi
image

SEBUYAU, 28 Okt. – Mayat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dibaham buaya di Ulu Sungai Plaie ditemukan oleh penduduk kampung berhampiran jeti malam tadi.

Kejadian disedari kira-kira jam 6 petang apabila penduduk Kampung Tuba ternampak seekor buaya membawa sesuatu di dalam mulutnya sebelum kembali ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 malam untuk membuat pemeriksaan.

Mayat mangsa, Mohd Nordin Mohd Othman yang dipercayai dimuntahkan semula oleh buaya terbabit ditemukan pada jarak 800 meter dari jeti kampung dan telah dicam oleh datuknya.

Pemeriksaan awal mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan tidak sempurna dengan kesan kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dibantu oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan, anggota polis serta penduduk kampung ditamatkan pada jam 4 pagi hari ini sebelum mayat dibawa ke Hospital Simunjan untuk tindakan lanjut.

— Media Telus

+ - reset