Berita Berita
Kereta bertulis 'BOMBA' bukan milik JBPM Kedah
ALOR SETAR, 28 Okt. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mengesahkan video sebuah jentera yang tular memaparkan tulisan 'BOMBA' serta lampu amaran khas adalah kenderaan persendirian.
JBPM Kedah dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenderaan berkenaan bukan milik rasmi jabatan itu mahupun mana-mana Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di negeri berkenaan.
Pihak jabatan menegaskan pandangan serius terhadap penggunaan identiti kebombaan yang boleh mengelirukan masyarakat serta menjejaskan imej dan kewibawaan perkhidmatan rasmi.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung penularan video berkenaan.
JBPM Kedah turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung isu terbabit bagi membolehkan tindakan susulan diambil.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
