Berita Berita
Selesai masalah sesak, Lebuhraya WCE bakal disambung dari Banting ke Masjid Tanah
ALOR GAJAH 28 Okt – Cadangan menyambung jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Banting, Selangor ke Masjid Tanah, Melaka kini menjadi antara perkara yang dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan itu berpotensi mengurangkan kesesakan lalu lintas, selain merancakkan pembangunan ekonomi di kawasan yang bakal dilalui lebuh raya berkenaan.
Menurutnya, perancangan jangka panjang turut melibatkan penyambungan jajaran WCE ke beberapa kawasan di Johor, termasuk Batu Pahat dan Pontian.
“Sekarang ini jajaran yang telah siap adalah dari Taiping ke Banting, Selangor. Selepas ini, Insya-Allah daripada Banting sampai ke Masjid Tanah, sampai ke Batu Pahat, sampai ke Pontian, ia akan melalui Masjid Tanah.
“Datuk Rauf (Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)… ini perbincangan kita dulu. Lebuhraya Pantai Barat bukan sahaja dari Pontian, Batu Pahat dan Muar, ia akan sampai ke Masjid Tanah ini. Kita mulakan daripada Masjid Tanah ke Banting terlebih dahulu, Insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Masjid Tanah, di sini, malam tadi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, pelaksanaan jajaran baharu itu dijangka memberikan manfaat kepada penduduk setempat melalui peningkatan jaringan perhubungan dan akses pengangkutan.
Terdahulu, Kerajaan Negeri Melaka dilaporkan pernah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan supaya mempertimbangkan pembangunan jajaran baharu WCE dari Banting melalui Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum memasuki Melaka dan seterusnya ke Johor.
Cadangan perluasan lebuh raya itu dilihat mampu meningkatkan akses antara negeri, sekali gus membuka lebih banyak peluang pertumbuhan ekonomi, khususnya dalam sektor perindustrian dan pelancongan.
Selain memudahkan pergerakan pengguna jalan raya, projek berkenaan juga berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan yang terlibat sepanjang jajaran baharu itu.
Bagaimanapun, cadangan penyambungan WCE berkenaan masih di peringkat perbincangan Jemaah Menteri.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
