TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pekerja kontraktor maut terkena renjatan elektrik ketika baiki lampu sekolah

By
|
Kongsi
image

KUDAT, 28 Okt. – Seorang pekerja kontraktor warga Filipina maut berikutan terkena renjatan elektrik apabila tangga yang digunakan tersentuh kabel elektrik semasa menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan lampu di sebuah sekolah di Batu 1, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Penolong Penguasa Bomba Darikson Galanang memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.31 pagi sebelum sepasukan sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian di kawasan pintu gerbang sekolah berkenaan.

Pasukan bomba terpaksa menghubungi pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) bagi memutuskan bekalan elektrik terlebih dahulu sebelum operasi membawa keluar mangsa berumur 56 tahun itu dapat dijalankan pada jam 9.15 pagi.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat yang turut mendapat kerjasama daripada polis, KKM, dan Sabah Electricity ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.46 pagi.

+ - reset