Berita Berita
2,097 pegawai, anggota polis ditangkap atas kesalahan dadah, samun, rasuah sejak 2021
KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyenaraikan seramai 2,097 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditangkap atas pelbagai kesalahan membabitkan dadah, samun, dan rasuah bagi tempoh 2021 hingga Ogos 2026.
KDN dalam jawapan bertulis di portal Parlimen memaklumkan bahawa jumlah terbabit merangkumi 1,551 tangkapan bagi kesalahan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, 64 orang bagi kesalahan samun, serta 482 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Maklumat berkenaan dikemukakan bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta perincian statistik tangkapan warga PDRM serta status siasatan terhadap 12 anggota polis yang disyaki merompak wang kripto bernilai kira-kira RM200,000 daripada warga China di Kajang pada 5 Februari lalu.
Berhubung kes rompakan di Country Heights terbabit, KDN mengesahkan bahawa PDRM telah membuka kertas siasatan dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Pihak kementerian menegaskan komitmen berterusan dalam mengambil tindakan tegas terhadap sebarang salah guna kuasa dan jenayah dalam kalangan warga pasukan keselamatan berkenaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
