Berita Berita
Op Viking: PDRM beku, sita aset 'mafia korporat' bernilai RM409.21 juta
KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membeku dan menyita pelbagai aset bernilai RM409.21 juta dalam siasatan Op Viking berhubung dakwaan kewujudan 'mafia korporat' di negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bahawa tindakan berkenaan melibatkan pembekuan 404 akaun bank bernilai RM85.62 juta, 417 akaun sistem depositori pusat (CDS), dan 70 akaun dagangan saham bernilai RM323.59 juta, selain lapan hartanah serta 11 kenderaan.
Setakat 25 September lalu, seramai 70 individu telah dipanggil bagi merakam keterangan dengan pengesahan bahawa tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat atau dipanggil bagi membantu siasatan terbabit.
Siasatan dijalankan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) susulan laporan portal berita antarabangsa pada Februari lalu berhubung dakwaan penguasaan syarikat secara tidak sah.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa siasatan Op Viking masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan PDRM komited melaksanakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
