TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

KKR perlukan sehingga RM6 bilion setahun untuk penyelenggaraan jalan, hanya terima RM3 bilion

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setahun bagi kerja penyelenggaraan jalan raya di seluruh negara, namun hanya menerima RM3 bilion daripada kerajaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kekangan kewangan berkenaan menyebabkan kerja penurapan semula tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh di semua kawasan yang rosak.

Ahmad menjelaskan kekangan peruntukan merupakan cabaran berulang setiap tahun yang memaksa KKR menumpukan pembaikan segera terhadap kerosakan dan lubang jalan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Kenyataan berkenaan dikemukakan bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN - Kuala Krai) mengenai kualiti dan keselamatan struktur premik Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dijangka menampung limpahan trafik Transit Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

KKR memaklumkan penilaian terperinci masih dijalankan di setiap lokasi kerosakan bagi memastikan tindakan pembaikan menggunakan bahan berkualiti memenuhi standard yang ditetapkan, sambil berharap peruntukan tambahan dapat disalurkan pada masa hadapan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset