TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiada undang-undang khusus tahanan di rumah ketika ini - Saifuddin Nasution

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Okt. – Malaysia masih belum mempunyai peruntukan undang-undang khusus yang membenarkan hukuman penjara dijalankan menerusi mekanisme tahanan di rumah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Nasution menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan bahawa RUU Tahanan di Rumah yang berfokus kepada tahanan reman kini berada pada peringkat akhir semakan, termasuk oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kenyataan berkenaan dikemukakan bagi menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) mengenai peruntukan undang-undang yang membenarkan banduan menjalani hukuman penjara di kediaman sendiri.

Saifuddin Nasution turut menjelaskan bahawa pengampunan bersyarat di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tertakluk kepada kuasa Lembaga Pengampunan serta perkenan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu dan perlu dibezakan daripada perintah tahanan di rumah di bawah undang-undang khusus.

Kenyataan berkenaan memberikan pencerahan berhubung kerangka undang-undang berasingan susulan pandangan terdahulu mengenai kuasa pengisytiharan kediaman sebagai penjara di bawah Akta Penjara 1995.

+ - reset