Berita Berita
Status perkhidmatan Mohd Shuhaily di AKPS dirujuk kepada AGC
SHAH ALAM, 28 Okt. – Status perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan nasihat perundangan sebelum sebarang keputusan berkaitan penamatan atau pemendekan tempoh perkhidmatannya diangkat untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan bahawa rujukan kepada AGC serta Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) perlu dibuat memandangkan penugasan Mohd Shuhaily di AKPS dibuat berdasarkan kontrak peminjaman kader daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama dua tahun yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Mohd Khalid menjelaskan bahawa pandangan perundangan AGC diperlukan bagi memastikan sebarang tindakan seperti tahan kerja atau pemendekan kontrak dibuat secara teratur mengikut terma syarat yang telah ditandatangani.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini, hari ini.
Keterangan lanjut mengenai tindakan susulan akan diberikan oleh PDRM selepas proses perundangan di peringkat AGC dan urusan perkenan Yang di-Pertuan Agong dimuktamadkan sepenuhnya.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
