Berita Berita
Tun M mengadu tidak sihat, terpaksa pulang sebelum majlis tahlil Tun Siti Hasmah
PUTRAJAYA 28 Okt – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa meninggalkan majlis tahlil Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali lebih awal selepas mengadu tidak sihat di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, pada Rabu.
Kejadian berlaku sebelum majlis berkenaan bermula, sekali gus mengejutkan tetamu yang hadir untuk bersama-sama menyertai bacaan tahlil dan doa buat Allahyarhamah.
Dr Mahathir dilaporkan kelihatan menahan kesakitan ketika dikerumuni beberapa rakan artis dan tetamu yang berada di lokasi.
Beliau sempat melambaikan tangan ke arah mereka sebelum bergegas pulang ke kediamannya.
Bagaimanapun, majlis tahlil tersebut diteruskan seperti yang dirancang meskipun Dr Mahathir tidak dapat bersama-sama tetamu sehingga selesai.
Anaknya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hadir mewakili beliau pada majlis berkenaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin sebelum diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah.
Setakat laporan berkenaan, tiada maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir selepas beliau pulang ke kediamannya.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
