TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki 46 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas sekolah

By
|
Kongsi
image

SERIAN, 28 Okt. – Seorang lelaki berusia 46 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas sebuah sekolah di Batu 32, Jalan Baki Lama di sini semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa panggilan kecemasan diterima pada jam 4.30 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian digerakkan ke lokasi.

Pasukan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu tandas yang terkunci dari dalam sebelum menemukan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi mengesahkan kematian mangsa sebelum mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut.

Punca kematian mangsa masih belum diketahui dan kes diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terperinci. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset