TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

JAWI mula pelaksanaan pengebumian kubur bertingkat di Kepong

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memulakan pelaksanaan projek perintis pengebumian jenazah secara kubur bertingkat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (TPIRS), Kepong bagi mengoptimumkan penggunaan ruang tanah yang semakin terhad.

Inisiatif terbabit dilaksanakan menerusi Bahagian Pengurusan Masjid dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Dakwah dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur, khusus bagi pengurusan jenazah yang tidak mempunyai waris.

Pelaksanaan kaedah berkenaan turut memperkenalkan penggunaan mesin takal penurun jenazah yang dibangunkan JKR Kuala Lumpur bagi memudahkan proses menurunkan jenazah ke kedalaman lapan kaki berserta penggunaan penghadang runtuhan tanah (trench box) bagi menjamin keselamatan struktur.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan hadir menyaksikan pengoperasian kaedah baharu terbabit yang diharapkan dapat meningkatkan kecekapan serta memudahkan penugasan petugas perkuburan.

JAWI komited untuk terus menaik taraf pengoperasian tanah perkuburan Islam menerusi penerokaan teknologi bersesuaian agar penyampaian perkhidmatan pengurusan jenazah dilaksanakan secara tertib dan memenuhi tuntutan syarak.

+ - reset