TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UMNO gesa Kementerian Kewangan tarik balik arahan batal projek pembangunan Sabah, Sarawak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – UMNO menggesa Kementerian Kewangan (MoF) agar menarik balik arahan pembatalan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak demi menjaga kebajikan serta keperluan penduduk luar bandar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa isu berkenaan dibincangkan secara mendalam dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam tadi.

Menurut beliau, gesaan terbabit dibuat selepas wakil UMNO Sabah menyuarakan keresahan rakyat berikutan tindakan pembatalan dan penangguhan pelbagai projek kemudahan asas di kawasan berkenaan.

Projek infrastruktur yang terjejas merangkumi pembinaan jalan luar bandar serta penyediaan kemudahan bekalan air dan elektrik yang menjadi keperluan asas penduduk tempatan.

Selain persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, keputusan MKT terbabit bermatlamat mengangkat suara serta kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak ke peringkat kerajaan Persekutuan. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset