TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kes dera kanak-kanak meningkat, 3,581 direkodkan dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 29 Okt. – Sebanyak 3,581 kes penderaan fizikal, seksual, dan emosi melibat kanak-kanak direkodkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan bahawa bilangan kes meningkat daripada 1,522 kes pada suku pertama (Januari hingga Mac) kepada 2,059 kes pada suku kedua (April hingga Jun) 2026.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, jumlah kes pengabaian kanak-kanak turut mencatatkan peningkatan bagi tempoh sama iaitu 987 kes pada suku pertama dan 1,292 kes pada suku kedua, menjadikan jumlah keseluruhan 2,279 kes.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan sebanyak 867 kertas siasatan dibuka sehingga Jun lalu dengan 267 kes daripadanya telah dikesampingkan ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan.

Kementerian menerusi JKM kekal komited memelihara kebajikan dan keselamatan kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) selain menggesa masyarakat melaporkan sebarang kes penderaan menerusi Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-2615999.

+ - reset