Berita Berita
'Tak tahu anak sembang dengan siapa' - Ibu bapa digesa jangan benarkan anak bawah 16 tahun guna WhatsApp
KUALA LUMPUR 29 Okt - Risiko buli siber dan pendedahan kepada kandungan tidak sesuai menerusi aplikasi komunikasi seperti WhatsApp semakin membimbangkan, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Sehubungan itu, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa ibu bapa supaya tidak membenarkan anak berusia bawah 16 tahun menggunakan aplikasi berkenaan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada pelbagai ancaman dalam talian.
Menurutnya, penggunaan WhatsApp perlu diberikan perhatian serius memandangkan ibu bapa mungkin tidak mengetahui individu yang berhubung dengan anak mereka atau kandungan yang dikongsikan dalam kumpulan sembang.
Beliau berkata, walaupun aplikasi itu memudahkan komunikasi antara ahli keluarga, ia turut berpotensi menjadi medium penyebaran kandungan tidak sesuai serta kegiatan buli siber yang boleh memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak.
"Saya juga sedikit risau kerana ada platform komunikasi tertentu seperti WhatsApp dan Telegram yang menggunakan penyulitan hujung ke hujung, membolehkan kumpulan tertentu diwujudkan tanpa pengetahuan orang awam.
"Kumpulan ini bukan kumpulan awam, sebaliknya kumpulan peribadi dan kadangkala isu buli bermula atau berleluasa dalam kumpulan seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Pelajar Pemacu Negara: 'Sayangi Diri, Jauhi Dadah dan Hargai Kehidupan', di Kuala Lumpur, hari ini.
Program berkenaan disertai seramai 336 pelajar daripada 122 sekolah menengah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta turut dihadiri Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Dalam pada itu, Fahmi menegaskan ibu bapa perlu memainkan peranan lebih aktif dalam memantau aktiviti digital anak-anak, termasuk memastikan mereka memahami risiko berinteraksi dengan individu tidak dikenali dan berkongsi kandungan di media sosial.
Sementara itu, beliau mendedahkan sebanyak 47,412 kandungan berunsur buli siber dikenal pasti dan diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga semalam.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 81 peratus membabitkan platform TikTok, sekali gus menjadikannya platform dengan jumlah kandungan buli siber tertinggi yang dikenal pasti.
Facebook pula mencatatkan jumlah kedua tertinggi dengan 12 peratus daripada keseluruhan kandungan berkenaan.
"Dari awal tahun hingga semalam, kandungan bersifat buli siber yang dikenal pasti oleh MCMC adalah berdasarkan aduan awam," katanya.
Berita berkaitan
October 29, 2026, 6:11 pm
CSA bukan perkara baharu, rakyat mesti jadi penerima manfaat terbesar - Fuziah Salleh
October 29, 2026, 4:29 pm
Ahmad Zahid arah FELCRA tanggung pengajian pelajar 'straight' A SPM, PNGK 4.00 STPM hingga tamat
October 29, 2026, 12:20 pm
Hargai khidmat bakti, penjawat awam Kelantan termasuk status kontrak dapat bantuan khas RM1,500
October 29, 2026, 12:15 pm
Sungai Kim Kim tercemar lagi, JAS siasat air sungai bertukar jadi putih
October 29, 2026, 12:12 pm
Sumbangan Deepavali bukan 'gula-gula' PRN Melaka - Ab Rauf
October 29, 2026, 12:07 pm
Asas AI mula diajar di sekolah rendah menerusi kurikulum baharu 2027 - Fadhlina
October 29, 2026, 12:05 pm
Penunggang motosikal terlantar akibat kemalangan lapan tahun lalu terima ganti rugi RM1.94 juta
October 29, 2026, 12:01 pm
KDN kembalikan Mohd Shuhaily kepada PDRM susulan kes di mahkamah
October 29, 2026, 11:35 am
