TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hujan lebat punca banjir kilat, laluan beberaoa lebuh raya Lembah Klang ditutup

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 4 Nov. – Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan banjir kilat menenggelami beberapa jalan utama di sekitar Shah Alam sehingga memaksa penutupan laluan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) sejak awal pagi ini.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi makluman di media sosial mengesahkan penutupan semua lorong di Kilometer 9.1 NKVE antara Shah Alam dengan Subang bermula jam 4.07 pagi yang menyebabkan trafik dari Bukit Raja ke utara dilencongkan ke Setia Alam, manakala trafik dari Subang ke selatan dilencongkan ke ELITE.

Penutupan turut melibatkan semua lorong sebelum Plaza Tol Shah Alam bermula jam 3.20 pagi serta penutupan persimpangan Shah Alam di ELITE antara Seafield dengan Setia Alam pada jam 5.30 pagi dengan aliran trafik dilencongkan sementara.

Pengendali PROLINTAS GCE bertindak menutup sepenuhnya susur Ramp B, Ramp C dan Ramp D di persimpangan NKVE susulan kejadian banjir kilat pada jam 5.42 pagi, di samping menasihatkan pengguna jalan raya mematuhi arahan petugas serta menggunakan laluan alternatif.

Dalam pada itu, perkongsian pengguna media sosial melaporkan sebuah jambatan berhampiran Jalan Gajah 16 menghala ke Paya Jaras terjejas akibat kerosakan sehingga terputus hubungan bagi laluan penduduk ke Kampung Kubu Gajah.

Hujan lebat sebabkan banjir kilat, laluan lebuh raya NKVE, ELITE dan GCE ditutup

+ - reset