Berita Berita
Lelaki maut ditetak tiga individu di Teluk Intan, wanita ditahan bantu siasatan
IPOH, 4 Nov. – Seorang lelaki berusia 48 tahun maut selepas dipercayai ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki di hadapan sebuah kedai di Teluk Intan petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan awam berhubung insiden berkenaan pada jam 3.53 petang sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Teluk Intan bagi mendapatkan rawatan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan susulan kecederaan parah yang dialami.
Tindakan susulan menyaksikan penahanan seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pergerakan individu atau kenderaan mencurigakan di lokasi kejadian untuk menghubungi IPD Hilir Perak di talian 05-6299222 atau merujuk mana-mana balai polis berhampiran, di samping menasihatkan awam agar tidak membuat sebarang spekulasi. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 4, 2026, 11:49 am
Da’i Syed bebas tuduhan rogol, Mahkamah Rayuan ketepi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan
November 4, 2026, 10:52 am
Tak nampak bukan halangan urus duit, BSN keluar modul Braille bantu lebih 500 murid masalah penglihatan
November 4, 2026, 10:42 am
36 PATI ditahan dalam operasi khas Imigresen di Muar
November 4, 2026, 10:35 am
Bekas KP Pendidikan wanita pertama Tan Sri Asiah Abu Samah meninggal dunia
November 4, 2026, 10:25 am
Pesara guru rugi RM521,787 terpedaya pelaburan tidak wujud di Facebook
November 4, 2026, 10:20 am
Lelaki maut, rakan wanita cedera motosikal terlibat kemalangan dengan bas Rapid Penang
November 4, 2026, 10:13 am
Najib dijangka bayar denda RM50 juta bagi jalani tahanan di rumah
November 4, 2026, 10:10 am
KBS belum lulus HYROX Kuala Lumpur 2026 selagi syarikat alkohol jadi penaja
November 4, 2026, 9:22 am
