Berita Berita
Tak tahu apa punca, 7 lelaki bergaduh depan pusat beli-belah, kereta orang awam turut rosak di Skudai
JOHOR BAHRU 5 Nov – Polis sedang giat mengesan tujuh lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, Skudai, semalam, sehingga mengakibatkan sebuah kereta milik orang awam mengalami kerosakan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.27 malam.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pergaduhan berkenaan berlaku di luar kawasan pusat beli-belah dan membabitkan tujuh lelaki yang masih dalam usaha dikesan polis.
"Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku di luar kawasan pusat beli-belah berkenaan membabitkan tujuh lelaki sehingga menyebabkan sebuah kereta milik orang awam yang diletakkan di sekitar kawasan kejadian mengalami kerosakan.
"Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan," katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Kejadian itu turut mendapat perhatian orang ramai selepas rakaman video berdurasi 13 saat yang memaparkan pergaduhan berkenaan tersebar luas di media sosial.
Radin Ramlan berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian selain mengesan semua individu yang terlibat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menyalurkannya kepada Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau hotline 07-5114486 atau terus ke mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bertindak mengikut emosi sehingga boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan rakyat di Johor," katanya.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 11:46 am
Lari daripada acuan seram klise, filem ‘IGAU’ tampilkan kisah mistik hutan Sungai Gabai
November 25, 2026, 11:41 am
Sepasang kekasih ditahan berkhalwat selepas tinggal bersama enam bulan di Pasir Gudang
November 25, 2026, 11:27 am
Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin Perlembagaan, soalan dakwa terancam terlalu umum – Azalina
November 25, 2026, 11:19 am
Polis mungkin panggil Tony Pua bantu siasatan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan
November 25, 2026, 11:15 am
Polis siasat penemuan bungkusan plastik hitam berisi al-Quran dan buku agama di Ulu Tiram
November 25, 2026, 11:07 am
JAIPk siasat dakwaan pengurusan masjid enggan terima jenazah bukan ahli khairat kematian – Saarani
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
