Berita Berita
Pulau Pinang batal 27,734 saman parkir, pulangkan RM203,170 kepada pengguna
GEORGE TOWN 5 Nov – Kerajaan Pulau Pinang membatalkan sebanyak 27,734 kompaun parkir yang dikeluarkan menerusi Sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR), selain memulangkan bayaran berjumlah RM203,170 kepada pengguna yang sudah menjelaskan kompaun berkenaan.
Keputusan itu dibuat susulan penghentian serta-merta operasi sistem ANPR pada Ogos lalu selepas pelaksanaannya menerima pelbagai maklum balas daripada orang ramai.
EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye berkata, pelaksanaan sistem ANPR di bawah Penang Smart Parking (PSP) merupakan sebahagian daripada skop kontrak sedia ada antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan syarikat HeiTech Padu (HTP).
Menurutnya, kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu tidak menanggung sebarang kos pembangunan, perolehan, operasi mahupun penyelenggaraan sistem berkenaan.
Sebaliknya, semua kos pelaksanaan ditanggung sepenuhnya oleh HTP selaku syarikat yang mengendalikan sistem tersebut.
Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.
Mooi Lye menjawab pertanyaan Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) berhubung kos keseluruhan pelaksanaan ANPR termasuk bayaran kepada vendor, implikasi kewangan selepas penggantungan sistem serta pengajaran yang diperoleh kerajaan negeri susulan kontroversi berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pengalaman melaksanakan sistem ANPR sebelum ini akan dijadikan panduan bagi memperbaiki penggunaan teknologi penguatkuasaan pada masa hadapan.
Katanya, antara aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah memastikan ketepatan sistem melalui proses pengujian menyeluruh sebelum dilaksanakan kepada orang ramai.
Langkah itu penting bagi mengelakkan kesilapan pengesanan nombor pendaftaran kenderaan yang boleh menyebabkan kompaun atau tindakan penguatkuasaan dikeluarkan secara tidak wajar.
Selain itu, beliau mengakui PBT perlu memperkukuh komunikasi dan hebahan kepada masyarakat, khususnya berkaitan fungsi sistem, kaedah pembayaran serta prosedur penguatkuasaan.
Menurutnya, penerangan yang jelas dan menyeluruh dapat meningkatkan kefahaman serta penerimaan pengguna terhadap pelaksanaan teknologi baharu.
Terdahulu, pada 8 Ogos lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan keputusan menghentikan pelaksanaan ANPR selepas kerajaan negeri mengambil kira maklum balas dan pandangan rakyat berhubung sistem berkenaan.
Berita berkaitan
November 25, 2026, 7:50 pm
'Mangsa sawan, lebam di muka' - Bayi lima bulan tidak sedarkan diri di rumah pengasuh
November 25, 2026, 7:03 pm
RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi turun 25 sen seliter mulai esok
November 25, 2026, 6:18 pm
Mahkamah larang 5 pihak termasuk peguam bela keluar kenyataan kes Mohd Shuhaily
November 25, 2026, 4:23 pm
‘Transit di Malaysia sampai bila?’ - Syed Saddiq persoal penempatan pelarian ke negara ketiga
November 25, 2026, 4:17 pm
Jadual waktu solat Selangor ubah mengikut daerah mulai 1 Januari 2027 – Mufti
November 25, 2026, 4:10 pm
Anwar belum terima peletakan jawatan Anthony Loke, minta bercuti terlebih dahulu
November 25, 2026, 3:19 pm
Koperal didakwa terima RM3,000 untuk ‘tutup mata’ dalam kes dadah
November 25, 2026, 2:39 pm
Anwar mahu murid baca sekurang-kurangnya dua buku sepanjang cuti sekolah
November 25, 2026, 2:33 pm
