Berita Berita
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap murid Tahun Lima dalam bilik warden
KOTA BHARU 5 Nov – Seorang guru yang juga warden asrama sebuah sekolah rendah di Dabong, Kuala Krai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki Tahun Lima, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Faiz Rohizat, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di dalam bilik warden asrama sebuah sekolah rendah di Dabong, Kuala Krai.
Kedua-dua kejadian didakwa berlaku pada April 2025 kira-kira jam 1 tengah hari dan September tahun sama sekitar jam 4 petang.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 14(d) akta sama.
Kedua-dua peruntukan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh diwakili peguam Siti Fathma Nuraimi Mohamad.
Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dihadapinya amat serius.
Bagaimanapun, Siti Fathma memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan mengambil kira statusnya sebagai penjawat awam serta tanggungjawab menyara keluarga.
Menurutnya, tertuduh mempunyai seorang isteri dan anak berusia tiga tahun, selain perlu menanggung ibu bapanya yang uzur.
"Tertuduh akan hilang pekerjaan dan punca pendapatan sekiranya jaminan tidak dibenarkan sedangkan anak guam saya perlu menyara anak, isteri dan ibu bapa yang uzur.
"Sebagai penjawat awam, tertuduh tiada risiko untuk melarikan diri memandangkan Mohd Faiz tinggal di alamat tetap di Bachok," katanya.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan beberapa syarat tambahan termasuk tertuduh perlu mengemukakan alamat kediaman tetap serta dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Selain itu, tertuduh diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap dua bulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah untuk disimpan.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh dilaporkan telah membayar wang jaminan yang ditetapkan.
Sumber: Sinar Harian
Berita berkaitan
November 25, 2026, 10:49 am
Kereta lebih kurang, polis sahkan lelaki 'viral' di stesen minyak bukan nak samun, tapi tersalah kereta
November 25, 2026, 10:33 am
Rakyat Malaysia jadi 'enabler' bantu warga asing langgar undang-undang bakal berdepan tindakan tegas – Zahid
November 25, 2026, 10:19 am
A Samad Said sering kirim surat, karya sastera kepada Anwar ketika di penjara
November 25, 2026, 9:55 am
PKR sah tidak bertanding dalam PRN Sarawak
November 25, 2026, 9:36 am
MCMC saman Google RM300 juta gagal padam video fitnah Papagomo di Youtube
November 24, 2026, 10:41 pm
‘Saya sendiri galakkan, jangan pertikai pelajar MRSM mengadu terus kepada saya' – Asyraf Wajdi
November 24, 2026, 10:31 pm
MyGov Malaysia bakal himpun semua perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi - Gobind
November 24, 2026, 9:51 pm
Kerajaan perlu lebih pantas, baki setahun perlu diguna untuk percepat reformasi – Saifuddin
November 24, 2026, 7:29 pm
