Berita Berita
Kerajaan beri jaminan rantaian bekalan barangan keperluan kekal stabil
KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Kerajaan memberi jaminan bahawa rantaian bekalan barangan keperluan di dalam negara kekal stabil serta tidak terganggu walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global dan ancaman musim tengkujuh.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa langkah persediaan menyeluruh telah diambil menerusi penyelarasan pelbagai agensi di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
Beliau turut menjelaskan bahawa situasi di Malaysia berbeza berbanding beberapa negara luar yang menasihatkan rakyat mereka membuat simpanan stok berikutan faktor cuaca ekstrem seperti musim sejuk dan taufan di negara berkenaan.
Kerajaan mengambil perhatian serius terhadap perkembangan geopolitik antarabangsa termasuk konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada bekalan global, namun pendekatan merentasi pelbagai agensi berupaya memastikan rantaian bekalan domestik terus terkawal.
Bagi mendepani cabaran bekalan sepanjang musim tengkujuh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menginstitusikan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN bagi memantau keterjaminan bekalan secara berterusan menerusi mesyuarat berkala dua bulan sekali.
Armizan menggesa orang ramai agar tidak membuat pembelian panik berikutan kerajaan sentiasa bersiap siaga mengaktifkan semua platform sedia ada bagi memastikan rakyat tidak berdepan kesukaran mendapatkan barangan keperluan asas. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 24, 2026, 4:32 pm
Tahanan rumah Najib: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah - AGC
November 24, 2026, 4:18 pm
Hasrat sediakan hidangan hari lahir anak tak kesampaian, ibu maut motosikal terbabas di Kangar
November 24, 2026, 3:51 pm
KPM cadang wajibkan kanak-kanak usia enam tahun masuk Tahun Satu mulai 2029
November 24, 2026, 9:58 am
KKR teliti cadangan lebuh raya bertol baharu atasi kesesakan Lebuhraya Persekutuan – Alexander Nanta
November 24, 2026, 9:51 am
Cubaan bawa lari sembilan PATI Myanmar gagal selepas SUV terbabas di Tanah Merah
November 24, 2026, 9:46 am
Wanita maut dirempuh pemandu Tesla disyaki mabuk, langgar lampu merah di Kulim
November 24, 2026, 9:28 am
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan terbenam dalam lumpur di Nibong Tebal
November 23, 2026, 10:10 pm
