Berita Berita
Ujian 43 sampel RON95 kesan kandungan air bawah had minimum
KUALA LUMPUR, 5 Nov. – Laporan awal analisis Jabatan Kimia terhadap 43 sampel petrol RON95 mendapati kandungan air berada pada tahap kurang daripada 0.05 peratus iaitu di bawah had pengesanan minimum yang boleh dilaporkan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa sebanyak 262 sampel petrol RON95 membabitkan 259 dari stesen minyak dan tiga dari depoh syarikat minyak diambil di lapan negeri bagi pemeriksaan kualiti terperinci.
Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) berhubung keputusan analisis, tindakan memulihkan keyakinan pengguna, serta bayaran pampasan kerosakan kenderaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut mengadakan sesi libat urus bersama Petron dan Chevron pada 9 dan 21 Oktober lalu bagi mengenal pasti punca pencemaran kualiti bahan api terbabit.
Kedua-dua syarikat minyak berkenaan mengendalikan ujian makmal termasuk di luar negara serta merangka program pemulihan pelanggan menerusi bayaran ihsan tanpa mengakulasi sebarang kesalahan atau liabiliti bagi aduan yang lengkap dengan dokumen sah.
KPDN mengesahkan laporan penuh akan dikeluarkan sebaik sahaja baki sampel selesai dianalisis, sambil menyarankan pengguna yang tidak berpuas hati dengan bayaran ihsan untuk memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), tindakan sivil, atau aduan rasmi KPDN. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 24, 2026, 10:41 pm
‘Saya sendiri galakkan, jangan pertikai pelajar MRSM mengadu terus kepada saya' – Asyraf Wajdi
November 24, 2026, 10:31 pm
MyGov Malaysia bakal himpun semua perkhidmatan kerajaan dalam satu aplikasi - Gobind
November 24, 2026, 9:51 pm
Kerajaan perlu lebih pantas, baki setahun perlu diguna untuk percepat reformasi – Saifuddin
November 24, 2026, 7:29 pm
Sasterawan Negara A Samad Said meninggal dunia pada usia 91 tahun
November 24, 2026, 5:58 pm
Sembelih ayam di lorong belakang, buang sisa dalam longkang: DBKL tutup lima premis di Pasar Pudu
November 24, 2026, 5:39 pm
Pengusaha kantin MRSM Tun Ghafar Baba berdepan tindakan senarai hitam jika terbukti cuai
November 24, 2026, 5:32 pm
