Berita Berita
MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat di KL dan 8 negeri hingga 5 petang
KUALA LUMPUR, 10 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang yang dijangka melanda Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta lapan negeri lain sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk berkenaan dijangka membabitkan keseluruhan negeri Perlis, Jelebu di Negeri Sembilan, serta kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, dan Pokok Sena di Kedah.
Di Pahang, kawasan yang terjejas merangkumi Maran, Bera, Temerloh, dan Bentong, manakala di Selangor melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Petaling, dan Hulu Selangor, selain Pontian, Johor Bahru, Kulai, dan Mersing di Johor.
Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Limbang dan Marudi (Miri) di Sarawak, manakala di Sabah membabitkan Tawau, kawasan Pedalaman (Pensiangan dan Tambunan), serta bahagian Pantai Barat.
MetMalaysia turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan risiko banjir kilat, kejadian pokok tumbang, serta gangguan kepada aktiviti luar sepanjang tempoh cuaca buruk berkenaan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:16 pm
