Berita Berita
UMNO bersedia diaudit isu ketelusan Tabung Solidariti RM50 juta Najib Razak
TANGGA BATU, 10 Nov. – UMNO mengesahkan bersedia untuk diaudit pada bila-bila masa berhubung isu ketelusan kutipan Tabung Solidariti RM50 juta yang diwujudkan bagi membantu membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai sebarang perkara untuk disembunyikan memandangkan semua sumbangan yang diterima disalurkan secara telus menerusi satu akaun khas.
Bercakap selepas Ceramah Gelombang Biru DUN Pantai Kundor pada Isnin, Asyraf Wajdi menjelaskan bahawa akaun berkenaan menyimpan rekod setiap transaksi secara mendalam, termasuk sumbangan sekecil RM20 daripada ahli yang diterima pada setiap minit sepanjang tempoh tiga bulan hingga sasaran RM50 juta berjaya dicapai.
Beliau bagaimanapun mempertikaikan tindakan sesetengah pihak yang bersikap tidak adil dengan hanya mendesak audit dijalankan apabila kutipan dana membabitkan UMNO dan Barisan Nasional (BN), berbanding ketika DAP pernah melakukan tindakan serupa sebelum ini.
Isu berkenaan timbul selepas kutipan tabung terbabit yang melonjak daripada RM9.25 juta kepada RM50 juta dalam tempoh 40 hari mencetuskan pertikaian berhubung ketelusan serta mekanisme pemantauan sumbangan politik, termasuk gesaan tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin supaya agensi seperti SPRM, LHDN, dan BNM menyiasat aliran dana terbabit bagi mengelakkan unsur pengubahan wang haram atau rasuah. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:16 pm
