Berita Berita
Lelaki mengaku salah cuba bunuh, rogol wanita diarah jalani pemeriksaan psikiatri
KUALA KANGSAR, 10 Nov. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mengaku bersalah atas pertuduhan cuba membunuh dan merogol seorang wanita untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.
Hakim Nuur Hafiedzah Md Daud mengeluarkan perintah terhadap Marwan Mohd Nor, 38, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah selepas meneliti keadaan tertuduh ketika membuat pengakuan bersalah, selain tertuduh turut meminta mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum bagi pertuduhan merogol.
Mengikut pertuduhan pertama, Marwan didakwa cuba membunuh seorang wanita berusia 20 tahun hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tepi jalan Felda Lasah ke Lintang, di Lubuk Kelah Lintang, Sungai Siput pada jam 11.20 malam, 3 November lalu mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh didenda.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa di lokasi dan waktu yang sama mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan.
Pendakwaan yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Inspektor Nor A’in Ahmad menyaksikan mahkamah menetapkan 21 Disember depan bagi sebutan semula kes serta penyerahan laporan psikiatri. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 10, 2026, 10:46 pm
'Tanpa perubahan, kita akan ketinggalan' - Faiz Fadzil mahu LKIM terus relevan selepas 55 tahun
November 10, 2026, 8:13 pm
'Jangan jadikan isu tahanan rumah Najib modal politik hingga rakyat hilang keyakinan' – Saifuddin
November 10, 2026, 7:44 pm
Tiada satu pun pertubuhan Rohingya diluluskan sebagai NGO di Malaysia – RoS
November 10, 2026, 6:34 pm
Najib lega akhirnya dibenar jalani tahanan rumah selepas lama menunggu
November 10, 2026, 6:10 pm
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta susulan keputusan tahanan rumah Najib
November 10, 2026, 5:24 pm
Najib jalani tahanan rumah petang ini, Mahkamah Tinggi keluar perintah baharu
November 10, 2026, 4:31 pm
Kunjung wanita dalam edah ketika cuti Deepavali, duda dicekup berkhalwat di bilik sewa
November 10, 2026, 4:21 pm
Ganti kereta mainan rosak: Kanak-kanak terima RM50 daripada PM Anwar beli mainan baharu
November 10, 2026, 4:16 pm
